Friday, July 9, 2010

kasih tecipta : 12

Siapkan esok!” keras suara Aiman daniel pada wanita di hadapannya itu. Selepas itu dia mengekori langkah wanita itu keluar dari biliknya dan duduk di meja dengan ekor matanya. Tiba-tiba alunana muzik kedengaran di telinganya. Segera Aiman Daniel mencapai telefon bimbitnya.
“Sayang, you tengah buat apa tu?” kedengaran suara manja di hujung talian. Aiman Daniel tersenyum.

“I tengah kerjalah. Kenapa you call I?” tanya Aiman Daniel.

“Tak boleh ke I call you? Tak adalah. I cuma nak cakap, I dah sampai Malaysia ni,” suara manja itu kedengaran lagi. Senyuman Aiman Daniel semakin lebar.

“Ye ke? Kita jumpa petang ini, okey?” tanya Aiman Daniel sambil menilik jamnya. Wanita di talian itu ketawa kecil. Aiman Daniel mengerutkan keningnya.
“Tak perlu. I dah nak sampai pejabat you ni. Kita jumpa di sana ya. Daa,” wanita itu cepat-cepat memutuskan talian. Aiman Daniel terkejut mendengarnya. Tidak lama kemudian, seorang wanita jelita memasuki pejabatnya. Wanita itu terus menerpa ke arah Aiman Daniel dan memeluknya.

“Kenapa you ke sini, Stephanie?” tanya Aiman Daniel. Gadis jelita itu tersenyum manis.

“Sebab I rindukan you. Walaupun I pergi seminggu je, tapi rindu tau. Ti amo(saya cintakan awak!)” kata Stephanie manja. Perkataan cinta itu sengaja dia tuturkan dalam bahasa Itali kerana dia tahu, Aiman Daniel faham apa yang dikatakannya.

“Ye ke?” duga Aiman Daniel. Stephanie menampar perlahan bahu Aiman Daniel.

“Yalah. You tak rindu I ke? Atau you keluar dengan perempuan lain? You bukannya boleh percaya sangat,” sindir Stephanie. Aiman Daniel hanya tersenyum.

********************************
Anis yang memerhatikan kemesraan pasangan itu meluat sendiri. Selama dua bulan dia bekerja dengan jejak itu, sudah beberapa kali perempuan itu datang ke bilik bosnya itu.

“Cantik,” terkeluar perkataan itu dari mulut Anis. Tidak dinafikan, wanita itu begitu cantik dengan darah kacukan Cina dan Itali. Pakaian yang dipakai juga mendedahkan kecantikannya. Kalau tidak cantik, macam mana wanita itu boleh manjadi model dan pelakon? Anis memandang lagi. Kelihatan wanita itu sedang mengusap pipi Aiman Daniel. Jejaka itu hanya membiarkan sahaja.

‘Dasar kaki perempuan!’ kutuk Anis di dalam hati. Lantas dia menarik kembali kata-katanya. Aiman Daniel bukan kaki perempuan lagi. Dia kini sudah mula belajar untuk setia. Cuma batas antara wanita dan lelaki langsung tidak dihiraukan. Selamba sahaja bersentuhan. Kata kawan sepejabatnya, mereka berdua sudah menjalinkan hubungan hampir setahun.

Ada desas-desus juga mengatakan, mereka akan berkahwin akhir tahun ini. Anis hanya selamba mendengarnya. Dia tiada hubungan dengan Aiman Daniel, jadi dia tidak perlu merasa apa-apa. Tentang Daniel, lebih baik menjadi rahsia. Daniel tak perlu dia ada ayah seteruk itu. Biarlah Daniel membayangkan ayahnya adalah seorang yang baik dan amat menyayanginya.

“Cantik kan, Cik Stephanie tu. Sesuai dengan En. Daniel,” kata Hani perlahan sambil menjeling ke dalam dinding kaca Aiman Daniel. Anis mengangguk.

“Dia tu model dan pelakon. Mestilah cantik,” kata Anis. Dia menilik jam tanganya. Sudah sampai masa untuk pulang. Kerja yang disuruh Aiman Daniel tadi mujurlah perlu dihantar esok. Hari ini dia mahu membawa Daniel ke mall untuk membeli baju baru. Komputer di mejanya ditutup. Anis mencapai beg tangannya.

“Dah nak balik?” Maira menghampiri.

“Ya. Dah janji dengan Danny nak beli baju baru,” kata Anis dengan senyuman. Maira sudah tahu tentang kewujudan Daniel. Anis juga sudah menceritakan segala-galanya pada Maira. Sangkanya, mungkin Maira akan menjauhinya setelah mengetahui perkara sebenar tetapi tidak. Maira tetap mahu menjadi rakan karibnya. Malah, Maira juga rapat dengan Danny. Cuma satu perkara yang tidak diceritakan Anis pada Maira iaitu ayah kandung Daniel adalah Aiman Daniel. Boleh huru-hara jadinya kalau Maira tahu.

“Ala, sayang betul dia pada Danny. Bertuah betul budak itu,” Maira mengusik. Anis ketawa.
“Mestilah, anak saya. Siapa tak sayang anak Cik Maira oi?” balas Anis kembali. Maira ketawa kecil.

“Hm, saya kena pergi sekarang. Takut bas sesak pulak nanti,” Anis mencapai beg tangannya. Tiba-tiba Fariq menghalang laluannya.

“Kenapa tergesa-gesa ni?” tanya Fariq. Anis tersenyum.

“Nak balik,” jawab Anis ringkas. Fariq mengangguk. Dia mengikuti langah Anis. Serta-merta Anis berhenti.

“Kenapa ikut saya?” tanya Anis. Fariq mengangkat sebelah keningnya.

“Nak hantar awak balik,” jawab Fariq selamba. Anis menggeleng.

“Tak payahla. Menyusahkan awak saja. Saya boleh balik dengan bas,” tolak Anis. Azza menyikunya.

“Ala, pergi jelah. Dah ada orang nak tumpangkan. Baguslah tu,” kata Maira sambil tersengeh. Anis membulatkan matanya.

“Yalah. Lagipun Danny dah ajak saya pergi mall sekali malam ini,” kata Fariq. Anis terlopong. ‘Patutlah gembira semacam je Danny tadi. Rupanya dah janji dengan uncle kesayangannya’ monolok dalaman Anis.

“Apa tunggu lagi, pergilah,” Maira menolak perlahan tubuh Anis. Dia kemudian mengenyit sebelah matanya pada Fariq.

“Saya sokong awak,” Maira berbisik perlahan pada Fariq. Fariq hanya tersengeh lalu mengikuti langkah Anis.

Monday, July 5, 2010

kasih tecipta : 11


“Apa yang kau buat ni? Semuanya salah! Buat semula!” tengking Aiman Daniel kuat. Anis berdiri kecut di situ apabila Aiman Daniel menumpahkan kemarahannya. Dia tiba-tiba teringat sikap panas baran Aiman Daniel sewaktu dia berkerja sebagai orang gaji dulu. Pantang salah sikit dan lambat sikit, pasti dia terpaksa menadah telinganya mendengar amarah lalaki itu.

“Apa tunggu lagi? Cepatlah buat!” tengking Aiman Daniel lagi. Anis tersentak. Dia mencapai fail yang telah dicampakkan lelaki itu ke atas meja dengan kasar. Anis menunduk apabila melihat wajah Aiman Daniel yang bengis. Serta-merta dia terasa kecut. Cepat-cepat Anis keluar dari bilik itu.

“Kenapa En. Daniel marah?” tanya Maira sambil menghampiri mejanya. Anis mengangkat bahu. Dia dapat merasakan yang telapak tangannya menggigil dan sejuk.
“Tangan awak sejuk. Kenapa? Takut ke? Waktu sekolah dulu, tangan awak tak pernah sejuk walau kena marah lebih teruk dari tadi,” kata Maira sambil mengge
nggam tangannya yang sejuk. Anis menggeleng perlahan.

“Saya tak apa-apa. Hm, saya nak siapakan kerja ni. Nanti dia mengamuk lagi,” kata Anis lalu membuka kembali failnya. Maira mengangguk lalu beredar. Dia mengeluh perlahan. Dia tahu dia yang salah kerana banyak melakukan kesalahan tapi itu kerana dia
tidak suka bekerja dengan Aiman Daniel. Dia jadi teringat kisah lalunya yang perit. Dan sewaktu Aiman Daniel memarahinya tadi, ingatan ngeri tu datang lagi. Anis memegang kepalanya perlahan lalu memulakan kerja.

**********************************
 “Anis, jom lunch,” Fariq menghampiri mejanya. Anis tersentak. Dia memandang jam tangannya. Yalah, sudah waktu makan tengah hari. Macam mana dia boleh tak sedar? Mungkin dia terlalu leka dengan kerjanya.

“Err, saya dah janji dengan Maira,” Anis beralasan. Dia tidak selesa makan berdua dengan Fariq. Lebih-lebih lagi Mak Timah kata Fariq menyukainya. Dia betul-betul berharap itu tidak benar.

“Ala, Anis. Saya dah bawa bekal la. Maaf ya. Mama saya yang bagi pagi tadi. Saya lupa nak beritahu awak. Sorry,” kata Maira apabila muncul tiba-tiba di belakang Anis. Terkejut Anis dibuatnya.

“Apa?” Anis mengerutkan kening. Fariq tersenyum.

“Jom, Anis,” Fariq mula beredar. Anis tiada pilihan dan menurut dalam paksaan.
************************************

Fariq memandang Anis yang kelihatan gelisah di hadapannya. Tidak berkelip dia memandang gadis itu yang manis dengan blouse biru dan seluar slack hitam itu. Bertambah manis apabila Anis melepaskan rambut lurus panjangnya melepasi bahu. Wajahnya cantik tanpa diliputi mekap yang tebal. Hanya bedak yang nipis. Bibirnya juga merah semula jadi.
“Awak nak makan apa?” tanya Fariq. Anis kelihatan berfikir seketika.
"Awak yang pilihla. Saya makan aja,” jawab Anis sambil menyelit rambutnya di cuping telinga. Semakin manis Fariq melihatnya.
“Baikhlah kalau begitu,,” kata Fariq lalu memberitahu pelayan itu pesanannya.
“Anis, hari ini saya pergi rumah awak boleh? Saya janji dengan Danny nak main bola dengan dia,” Fariq memulakan bicara. Anis tersentak. Dia kemudiannya tersenyum.
“La, patutlah dia asyik suruh saya ajak awak datang rumah hari ini. Rupanya nak main bola,” Anis ketawa kecil apabila mengingati rengekan Daniel semalam. Bila dikata Uncle Fariqnya sibuk, muncung Daniel keluar sedepa. Fariq hanya tersenyum.
“Danny tu budak yang aktif. Dia tak penat pun main bola,” kata Fariq. Anis mengangguk.
“Mujur ada awak tolong temankan dia. Saya tak reti,” kata Anis. Serentak itu, pesanan mereka tiba.
“Saya gembira dengannya,” kata Fariq perlahan. Dia memandang Anis yang sudah mulai makan.
Wanita manis di hadapannnya ini, kelihatan sedang menyimpan seribu rahsia. Sewaktu kali pertama dia berjumpa dengan Anis, dia tahu dia sudah jatuh cinta. Bila mengetahui yang wanita pujaanya sudah mempunyai anak, kasihnya langsung tidak luntur. Malah, dia turut menyayangi Daniel. Dia mahu berkahwin dengan Anis dan menjadi ayah kepada Daniel. Namun dia ragu, adakah Anis juga berperasaaan kepadanya? Adakah Anis menyintai papa Daniel? Dia tidak tahu sebab Anis betul-betul jarang bercakap tentang lelaki itu. Yang dia tahu, Anis mangsa rogol. Selebihnya, dia tidak tahu. Misteri sungguh.
***********************************

“Sayang, mama di sini,” Anis sedikit menjerit apabila melihat anaknya di taska. Daniel ketawa kecil lalu berlari menghampirinya.
“Mama,” Daniel mencium pipi ibunya. Anis tersenyum. Tiba-tiba Fariq datang menghampiri.
"Hai, uncle,” ucap Daniel sambil ketawa.
“Hai, Danny. Nak main bola, tak?” tanya Fariq. Daniel mengangguk pantas.
“Kan uncle dah janji. Mama ikut sekali, ya,” pinta Daniel dengan wajah mengharap. Anis mengangguk. Dia paling lemah dengan wajah itu.
“Uncle, nak dukung,” pinta Daniel. Fariq ketawa kecil lalu mendukung Daniel.
“Daniel kan dah besar. Nak dukung lagi?” usik Anis. Daniel tidak memperdulikan ibunya lalu membaringkan kepalanya ke bahu lelaki itu. Fariq menepuk-nepuk belakang Daniel sambil berjalan ke keretanya. Tersentuh Anis melihat betapa manjanya Daniel dengan Fariq. Kata-kata Mak Timah tentang betapa perlunya papa kepada Daniel terngiang-ngiang kembali di telinganya.

Thursday, July 1, 2010

kasih tecipta : 10

Mama, papa mana?” kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu bertanya pada Anis lalu duduk di ribanya. Anis tersentak.

“Papa mana, mama?” tanya Daniel sekali lagi. Anis terdiam. Entah apa yag perlu dijawabnya. Adakah dia perlu berkata yang dia baru sahaja berjumpa dengan papanya tadi? Tak mungkin!

“Papa tak ada, sayang. Kenapa Danny tanya?” tanya Anis pula. Daniel tersenyum.

“Tadi kawan Danny cerita pasal papa diorang. Diorang tunjuk gambar papa mereka. Mama, mana gambar papa? Danny nak tunjuk kat diorang esok,” pinta Daniel penuh harap. Anis serba-salah.

“Kawan kat taska ya?” tanya Anis. Daniel menganggukkan kepalanya. Anis terdiam.

“Danny tidurlah dulu. Dah lewat ni,” Anis mendukung anak lelakinya ke atas katil. Daniel kelihatan tidak puas hati.

“Tak nak. Danny nak tengok gambar papa!” Daniel menghentakkan kakinya. Anis bertambah serba-salah.

“Sayang, mama kena pergi kerja esok. Mama tak boleh tidur lambat. Nanti mama sakit. Danny nak mama sakit?” Anis memujuk anaknya. Nampaknya cara itu berjaya apabila Daniel menggeleng lalu membaringkan dirinya di atas katil. Anis tersenyum lalu menyelimuti anaknya. Sebelum beredar, sempat dikucupnya dahi anaknya itu.

****************************************

“Tadi Danny tanya pasal papa dia,” kata Mak Timah. Anis yang sedang menonton tv tersentak.

“Tadi pun dia ada minta gambar papa dia,” kata Anis perlahan. Tiba-tiba sahaja rancangan di tv menjadi kurang menarik. Mak Timah mengeluh perlahan.

“Kesian Danny,” kata Mak Timah. Anis mendengus perlahan

“Dia akan lebih kesian kalau dia tahu siapa papa dia. Lelaki jahat itu,” Anis mengetap bibir geram. Dia terasa marah setiap kali teringatkan Aiman Daniel dan apa yang telah lelaki itu lakukan kepadanya.

“Hm, macam mana kerja tadi?” tanya Mak Timah mengubah topik. Dia sedar, Anis tidak selesa membincangkan kisah lalunya itu.

“Err, okey. Tak ada masalah. Mujur Fariq tolong carikan kerja untuk Anis. Cepat sikit dapat. Hm, tadi Anis ada jumpa kawan lama Anis. Tak sangka boleh jumpa semula setelah sekian lama,” kata Anis menyembunyikan perihal Aiman Daniel daripada Mak Timah. Mak Timah merenung Anis seketika.

“Anis dengan Fariq tu ada apa-apa ke?” tanya Mak Timah lalu duduk di sebelah Anis. Anis tersentak

“Kami cuma kawan biasa,” jawab Anis. Dia cuba mengalihkan pandangannya.

“Mak Timah tengok, dia tak anggap kamu macam kawan biasa. Dia macam sukakan kamu aja,” kata Mak Timah lagi. Anis ketawa kecil.

“Takkanlah orang macam dia nak ibu tunggal macam saya ni. Dia tu muka boleh tahan, kerja bagus, baik pula tu. Tak mungkinlah, Mak Timah,” katawa Anis masih belum reda. Tiba-tiba Mak Timah mencubit pahanya.

“Auch, sakitlah,” Anis menggosok-gosok pahanya. Mulutnya memuncung
“Mak Timah cakap betul-betullah. Dia boleh ketawa pulak,” tegur Mak Timah. Anis memeluk bahu wanita separuh abad itu.

“Anis tahu tapi tak mungkin Fariq boleh suka pada Anis. Dia cuma anggap Anis juniornya sahaja. Tak lebih dari itu,” kata Anis lembut. Mak Timah menggeleng.

“Mak Timah tahulah. Cara dia tengok kamu, cara dia layan kamu, nampak sangat yang dia sukakan Anis. Dia pun baik dan rapat dengan Danny,” Mak Timah masih tidak putus asa. Anis mengeluh perlahan.

“Anis tak sesuai dengan dia. Anis ibu tunggal,” kata Anis lalu memandang pintu bilik Danny. Mak Timah mencapai tangan Anis dan mengurutnya perlahan.

“Itu tak semestinya Anis tak boleh bahagia. Anis masih muda dan cantik. Fariq tu macam tak kisah dengan status kamu tu. Lagipun Danny perlukan ayah,” pujuk Mak Timah lagi. Anis terdiam.

“Anis boleh jaga Danny,” kata Anis.

“Memang kamu boleh jaga dia tapi kasih sayang ibu tak sama dengan kasih sayang ayah. Kamu harus fikirkan itu,” ujar Mak Timah. Anis terdiam lagi.