Saturday, January 23, 2010

"saja lawak jenaka"2

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

——— :) —————

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

——— :) —————

Friday, January 15, 2010

"saja lawak jenaka"1

Hai lawak jenaka gelak ketawa,
Buh bedah dimuka buh celak diamata,
Yang mana dengaq pakat ketawa,

Hai nak sakai bewak kena boya,
Lari masuk dalam reba,
Saya pon tekejut tak sangga,
Naik pokok cempedak jatuh pokok nagka,
Hai terjun masuk dalam telaga,
Dipijak ulaq sawa besaq tak sangga,
Lidah becabang dua nak lilit saya,
Hai tembak babi kena rusa,
Kelupuq tak sangga tanduk kena dada,
Dia balik pukui tiga jumpa kerbau belaga,
Nampak patah paha keluaq bijik mata,

Hai rezeki kena usaha keja cari iktiaq dapat untung,
Tembak kera kena lutong,
Jatuh turun pakat kepung,
Sudah dapat masuk tong,
Pasai dia dah makan jagung,
Hai tukang karang tukang karut,
Sakit pinggang lebut lutut,
Bermacam-macam boleh sebut,
Keja bendang keja laut,
Ayaq pasang ayanq surut,
Ada tongkang ada bot,
Ada kerang ada siput,
Cari mentarang dalam selutu,
Ada orang dok turut,
Sampai di kola berkalam kabut,

Hai kenduri kawin potong lembu,
Yang mana datang kena jamu,
Jangan segan jangan malu,
Ada anak dapat menantu,
Pakai reta pakai mutu,
Isteri dua suami satu,
Dapat keja jadi cikgu,
Mintak selamat pengantin baru,
Dalam pelamin duduk besatu,
Dibawah katil diatas kelambu,
Hai banyak cerita bnyak buhong,
Ada mera ada makyong,
Ada makwa ada paklong,
Gulai nagka sayok terong,
Tumbuk padi dalam lesung,
Tak larat kawan tulong,
Bawak anak kena dukung,
Katok gendang pukui gong,
Orang datang penuh kampong,

Hai di rumah kenduri reyuh rendah,
Buat kenduri anak menikah,
Sambut masak sambut mentah,
Masak nasik tujuh kawah,
Kawah tebalik gulai tumpah,
Magkuk jatuh pinggan pecah,
Nasik hangit senduk patah,
Kayu api pulak basah,
Jang usik orang tua latah,
Jatuh rumah pedih kepala,
Hai sudah makan kena pulang,
Habis isi tinggai tulang,
tiga orang satu hidang,
dua pak ngah satu pak lang,
dua beradik satu abang,
Ada duit abang sayang,
Habis duit bagi belakang,
Kena taruh rambut panjang,
Malam bejaga tidoq siang,
Tanggai adik duduk sorang,

Hai dah sampai rumah dimintak sila,
Kecil besaq tua muda,
Pakat naik pijak tangga,
Perempuan besimpuh lelaki bersila,
Kerna tak da kerusi meja,
Kena campuq tua muda,
Kecil besaq boleh belaka,
Orang mentara kena jaga,
Dia nak angkat dengan segera,
Boleh makan setalam tiga,
Hai sampai tengah malam kita berjaga,
Esok pagi tak boleh buat keja,
Kerana mengantok dengaq cerita,
Beli kopi telupa gula,
Dok ingat isteri muda,
Banyak duit senang belanja,
Gajus wanita kenai belaka,
Makan rokok isap ganja,
Sedah mabuk merah mata,
Dia kata hantu raya,

Hai habis daging tinggai tulang,
Habis padi tinggal jelapang,
Habis peluru tinggal senapang,
Ikan mati dalam kubang,
Gajah mati tinggai tulang,
Rimau mati tinggai belang,
Manusia mati tanggai hutang,
Hai saya datang dari kokmaq,
Adik datang bulih dengaq,
Di rumah kenduri hingaq banganq,
Nak p perlis pekan kangaq,
Boleh beli sebatang damak,
Dia singgah di rumah cik omaq,
Kena mengaji sifat samaq,
Dia jual pucuk cemumaq,
Dia beli bunga mawaq,
Pasai kaiwa kin kau mai maq,

Hai tengah malam mata mengantuk,
Diwaktu malam ayam bekukuk,
Tanah nasi dalam periuk,
Nak makan tak da lauk,
Dalam sungai bulih menangguk,
Dapat seekor ikan pujuk,
Suami marah isteri merajuk,
Diwaktu malam kena pujuk,
Tidoq sorang banyak sejuk,
Boleh balik pagi bisok..

Saturday, January 9, 2010

aku tak tau tajuk.(nnti edit lain)

1 januari 2008, tanda syukur diucapkan melalui penulisa manja atau nama sebanernya azmiera tersemat cantik dalam sebuah diari yang merupakan teman bicara hidupnya. Tersemat azam baru dalam dirinya membuatkan manja benar-benar menjadi matang. Diari ditutup dan diletakkan di atas meja yang bersebelahan dengan katil bujang miliknya. Kemudian dia merebahkan badanya diatas tilam yang sederhana, tangannya melatakkan di atas dahi memikirkan sesuatu, mengenangkan masa lalu yang pasti sudah berlalu dan menjadi kenagang dalam dirinya. Tampa disedari tubuhnya sudah lama diperhatikan dari jauh oleh puan baizura.
“Ehem.!ehem.!apa yang dimenungkan ni?” soal puan baizura kepada anaknya sambil mendekati anaknya yang entah kemana fikirannya melayang.
“eh mak, naper tak panggil manja tadi? Ditanya kembali pada puan baizura selepas dia terasa dirinya disentuh oleh emaknya. Lantas dia terus bangun dan duduk di hujung katil bersama puan baizura
“berkali mak panggil manja tadi, dah sampai mana tadi? Soalan bersahaja sambil tersenyum melihat telatah anaknya.
“sampai mana apa? Dari tadi ada dalam bilik la.” Seloro manja pada emaknya, sambail menjuih bibirnya tanda merajuk.
“kenapa tak keluar hari ni?”
“kalau manja keluar mak bising, manja tak keluar pun mak bising jugak” pantas saja mulutnya melancarkan pekataan tersebuat, kemudian dia tunduk rasa bersalah. Dalam hatinya tak terlintas lansung untuk mengucapkan jawapan itu pada emaknya.
“mak tanya ja, selalunya manja tak pernah nak kurang diri dalam bilik, inikan dah masuk tahun baru, selalu manja yang suka sangat” keluh emaknya, dia faham perasaan anak tunggalnya itu tentang apa yang sudah berlaku sebelu ini.
Manja mendiamkan diri memanda seketika emaknya. Fikirannya tiba-tiba diragut oleh ingatan masa lalu. Dia akur dengan apa yang telah berlaku. Lantas dia bangun dari duduk, melutut dia hadapan emaknya, matanya semakin merah, ditarik perlahan tangan puan baizura lalu dikucupnya mengharapkan seribu kemaafan dari emaknya tanda menyesalai peristiwa hitam yang berlaku pada tarikh yang sama cuma membezakannya adalah tahun yang semakin hari semakin bertambah angkanya.
Puan baizura hanya mengosok lebut rambut anaknya yang dari tadi tunduk kemudian memegang bahu anaknya terus memeluk tubuh kecil anaknya. Dalam benaknya tidak pernah untuk menyalahkan anaknya itu. Dia cuba menahan air matanya dari terus mengalir. Lama dia memeluk manja. Terkenang kembali peristiwa 5 tahun lalu yang meragut nyawa suaminya.
Ketika itu berlaku pergaduhan kecil antara puan baizura bersama encik azmi suaminya. Hanya disebabkan satu soalan yang agak mudah dijawab menyebabkan encik azmi mula naik darah menyebabkan puan baizura terpakas di menerima satu tamparan yang sangat mudah diberikan oleh suaminya, manja yang baru pulang kerana ingin meraikan tahun baru bersama teman-teman sekolahnya. Keribaannya disabut denagn tangisan kecil dari emaknya sambil memegang pipinya yang terasa kebas akibat ditampar suaminya. Manja terus menerpa untuk memeluk emaknya yang dalam tangisan, melihat kesensaraan emaknya manja kemudiannya bertekad untuk memarahi ayahnya yang bertindak keterlaluan terhadap emaknya.
“apa yang dah belaku?kenapa perlu tampar mak?! Soalan diajukan dengan nada yang tinggi, sambil memandang tubuh lelaki yang kaku di depannya.menarik muka berang pada encik azmi.
Encik azmi tidak menjawab dia masih terkejut akan perbuatannya tadi. Senang dan ringan saja tangannya menampar pipi gebu isterinya dengan kuat. Dipandang pula anaknya manja yang menanyakan sesuatu yang tidak dapat dijawabnya. Hanya mampu terdiam.
“sekarang ayah tampar manja. Baru puas hati ayah kan? Manja mendengus kuat, diajukan sekali lagi soalan yang sama, dia mendekati ayahnya memegang tangan encik azmi lalu diletakakan di pipinya menyuruh ayahnya betindak untuk melakukan pekara yang sama padanya.
Perbuatan anaknya membuatkan encik azmi hilang pertimbangan, merantap pegangan tangan dari anaknya, satu lagi tamparan kuat kali ini diberikan pada anaknya pula. Tergamam seketika. Bertambah kaku keadaan encik azmi. Puan baizura terlopong sekarang anaknya pula menjadi magsa. Dalam benak encik azmi amat menyesali apa yang dilakukannya. Suasana dalam rumah menjadi senyap seketika hnya yang kedengaran sayup-sayup bunyi kenderaan yang lalu dia luar sebelum disambung semula oleh esakan dari anaknya.
“ay…ayah min..tak maaf…ay..” tergagap pekataan maaf keluar dari encik azmi sebelum ayatnya dipotong oleh manja.
“maaf? Untuk apa? Dah puas?” soalan bertalu-talu diujurkan pada ayahnya yang sudah terduduk di lantai beralaskan tikar getah yang bercorak ringkas.
ayahnya yang masih terpinga-pinga dan lansung tidak memberi jawapan pada soalan tadi, Kemudian pandangan manja beralaih pada emaknya yang dari tadi terduduk di atas kerusi sambil memerhatikannya dengan sinaran mata yang pilu. Manja masih lagi tersentak sambil memengang pipinya yang terasa sakit, beberapa ketika kakinya tiba-tiba terasa melangkah laju meninggalkan ruang tamu. Kelibatnya diekori denagn rengungan dari encik azmi yang tiba-tiba melihat anaknya keluar dari ruang itu.
“ nak kemana?” soalan ringkas ditanya oleh ayahnya. dengan nada suara yang agak risau. Namun tidak dijawab, lantas dia bangun untuk mengekori anaknya yang semakin jauh berada di depan.
Soalan sama dijukan lagi oleh ayahnya yang semakin bingung denagn anaknya yang terus berlari-lari anak nenuju ke bahu jalan behampiran rumah mereka. Encik azmi cuba mengejar manja, tampa diduga.
DUMMM……
“manjaaa…..!!!!”
Muka manja pucat dialihkan pandangan matanya ke belakang, jantungnya bagai hendak tercabut. Lututnya terasa seperti tidak mampu untuk berdiri lagi, dimatanya semakin bersinar air jernih putih mengalir deras tampa dapat ditahan. Digagahinya untuk berlari pada ketika itu menuju ke arah sekujur tubuh kaku yang sangat dikenalinya, secara tidak sedar mulutnya memekik memanggil ayahnya. Segera dirangkul bahgian kepala ayahnya lalu diribakan di atas pahanya. Manja terjerit-jerit meminta tolong, matanya terarah melihat keadaan ayahnya yang semakin tidak bermaya, dilihat di bahagian kaki ayahnya sudah banyak darah mengalir keluar, kecederaan yang dialami menyebabkan ayahnya hanya mampu mengerang kesakitan bersilih ganti denagn tidak putus-putus menyebut nama Yang Maha Esa.
Genggaman jarinya digengam kuat pada jari kasar yang menamparnya tadi.lansung tidak terfikir apa yang telah berlaku. Suara emaknya juga sudah dapat didengari dari jauh sambil berlari menuju ke arah mereka. Namun diendahkan pandangan matanya kea rah emaknya, matanya masih tertumpa pada tubuh yang berada di ribaannya.
“sabar ayah.. sabar.banyak mengucap ayah..” itulah perkataan yang mampu dikeluarkan manja denagn nada yang terketar-ketar bercampur sedih yang teramat.
“Ma..ma..af.kan ay..”
“ayah tak salah. Manja yang patut mintak maaf pada ayah.”pujuk manja menyesali perbuatanya yang menyebabkan ayahnya ditimpa malang.air matanya terus mengalir.
“maafkan saya abang..”kata-kata itu saja yang dapat dikelurkan dari mulut puan baizura.dia turut sama menangis.
Beberapa ketika tubuh manja tersentak melihat ayahnya yang menarik nafas panjang, segalanya terhenti tangan kecilnya mengoncang tubuh kaku yang tidak bernyawa itu.manja menundukan kepalanya ke muka ayahnya lalu dicium pipi ayahnya tiada kata yang mampu diucapkan selain dari tangisan yang semakin kuat.

Emaknya tersentak dari lamunan apabila mendenagr panggilan dari manja yang memanggilnya. Suara halus mengejukan emaknya dari lamunan yang menimpa mereka sejak 5 tahun lalu segera dia melepaskan pelukan yang sudah lama di berikan pada anaknya. Pipinya terasa disentuh oleh jari halus yang cuba mengesat air mata yang mengalir tampa disedarinya. Lama dia terkenagkan kejadian yang berlaku.
Manja mungkin dapat mengagak apa yang dilamunkan oleh puan baizura tadi. Segera puan baizura tersenyum tawar pada manja. Dia tadak mahu menunjukkan kelemahannya pada manja.
“kenapa mak nangis?mak dah makan?” tanya lembut manja pada puan baizura. Cuba untuk mengalih topik.
“tak ada apa-apa manja. manja nak makan? Jom mak temankan” cuba untuk menahan sesuatu. memang itu niatnya memanggil manja untuk mengajaknya makan malam bersama.
“manja nak mak makan dengan manja, cepat la mak manja dah lapar ni.”merengek seperti budak kecil.
dia segera menaraik lembut tangan ibunya menuju ke dapur. Dia tidak ada lagi tempat untuk bermanja hanya puan baizura saja menjadi tempat dia menagdu masalah untuk merungkai derita.

Wednesday, January 6, 2010

Untuk Pejuang Bangsa.


Selain jujur bercerita
Di matamu ada jawapan pada dunia
Pada hatimu ada sisipan bunga cinta
Untuk melihat dah nerasa
Kedamaian di mana-mana

Sehelai bulu merpati putih yang gugur
Lalu singgah di telapak tanganmu itu
Adalah pilihan tuhan membenarkan
Untuk kau terus ke depan
Membasuh duka kekalutan
Dan derita peperangan

Di pentas Hiroshima yang sima wajahnya
Dalam debu radiasi yang gagah menafsirkan makna dan menterjemahkan
Keperitan serta sumbang lagu perang
Sedang masih banyak irama yang boleh digubah
Menjadi lunak kasih, merdu rindu, damai syahdu yang dapat dikunyah
Ditelan lazat mengalir dalam isi dan darah

Sesiapa sahaja harus mengerti tentang kehidupan dan harganya
Tentang aturan bumi manusia, khalifah dalam tanggungjawabnya

Kita terlalu kerdil bernyawa di sudut dunia
Menyusun aksara untuk berkata
Bahawa yang hebat seluruhnya
Bukan kuasa-kuasa besar seperti Amerika
Hanya Yang Maha Perkasa
Dia semata.