Cinta umpama angin, walaupun kita tidak dapat melihatnya tetapi kita dapat merasakannya
Wednesday, January 6, 2010
Untuk Pejuang Bangsa.
Selain jujur bercerita
Di matamu ada jawapan pada dunia
Pada hatimu ada sisipan bunga cinta
Untuk melihat dah nerasa
Kedamaian di mana-mana
Sehelai bulu merpati putih yang gugur
Lalu singgah di telapak tanganmu itu
Adalah pilihan tuhan membenarkan
Untuk kau terus ke depan
Membasuh duka kekalutan
Dan derita peperangan
Di pentas Hiroshima yang sima wajahnya
Dalam debu radiasi yang gagah menafsirkan makna dan menterjemahkan
Keperitan serta sumbang lagu perang
Sedang masih banyak irama yang boleh digubah
Menjadi lunak kasih, merdu rindu, damai syahdu yang dapat dikunyah
Ditelan lazat mengalir dalam isi dan darah
Sesiapa sahaja harus mengerti tentang kehidupan dan harganya
Tentang aturan bumi manusia, khalifah dalam tanggungjawabnya
Kita terlalu kerdil bernyawa di sudut dunia
Menyusun aksara untuk berkata
Bahawa yang hebat seluruhnya
Bukan kuasa-kuasa besar seperti Amerika
Hanya Yang Maha Perkasa
Dia semata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment