Friday, January 15, 2010

"saja lawak jenaka"1

Hai lawak jenaka gelak ketawa,
Buh bedah dimuka buh celak diamata,
Yang mana dengaq pakat ketawa,

Hai nak sakai bewak kena boya,
Lari masuk dalam reba,
Saya pon tekejut tak sangga,
Naik pokok cempedak jatuh pokok nagka,
Hai terjun masuk dalam telaga,
Dipijak ulaq sawa besaq tak sangga,
Lidah becabang dua nak lilit saya,
Hai tembak babi kena rusa,
Kelupuq tak sangga tanduk kena dada,
Dia balik pukui tiga jumpa kerbau belaga,
Nampak patah paha keluaq bijik mata,

Hai rezeki kena usaha keja cari iktiaq dapat untung,
Tembak kera kena lutong,
Jatuh turun pakat kepung,
Sudah dapat masuk tong,
Pasai dia dah makan jagung,
Hai tukang karang tukang karut,
Sakit pinggang lebut lutut,
Bermacam-macam boleh sebut,
Keja bendang keja laut,
Ayaq pasang ayanq surut,
Ada tongkang ada bot,
Ada kerang ada siput,
Cari mentarang dalam selutu,
Ada orang dok turut,
Sampai di kola berkalam kabut,

Hai kenduri kawin potong lembu,
Yang mana datang kena jamu,
Jangan segan jangan malu,
Ada anak dapat menantu,
Pakai reta pakai mutu,
Isteri dua suami satu,
Dapat keja jadi cikgu,
Mintak selamat pengantin baru,
Dalam pelamin duduk besatu,
Dibawah katil diatas kelambu,
Hai banyak cerita bnyak buhong,
Ada mera ada makyong,
Ada makwa ada paklong,
Gulai nagka sayok terong,
Tumbuk padi dalam lesung,
Tak larat kawan tulong,
Bawak anak kena dukung,
Katok gendang pukui gong,
Orang datang penuh kampong,

Hai di rumah kenduri reyuh rendah,
Buat kenduri anak menikah,
Sambut masak sambut mentah,
Masak nasik tujuh kawah,
Kawah tebalik gulai tumpah,
Magkuk jatuh pinggan pecah,
Nasik hangit senduk patah,
Kayu api pulak basah,
Jang usik orang tua latah,
Jatuh rumah pedih kepala,
Hai sudah makan kena pulang,
Habis isi tinggai tulang,
tiga orang satu hidang,
dua pak ngah satu pak lang,
dua beradik satu abang,
Ada duit abang sayang,
Habis duit bagi belakang,
Kena taruh rambut panjang,
Malam bejaga tidoq siang,
Tanggai adik duduk sorang,

Hai dah sampai rumah dimintak sila,
Kecil besaq tua muda,
Pakat naik pijak tangga,
Perempuan besimpuh lelaki bersila,
Kerna tak da kerusi meja,
Kena campuq tua muda,
Kecil besaq boleh belaka,
Orang mentara kena jaga,
Dia nak angkat dengan segera,
Boleh makan setalam tiga,
Hai sampai tengah malam kita berjaga,
Esok pagi tak boleh buat keja,
Kerana mengantok dengaq cerita,
Beli kopi telupa gula,
Dok ingat isteri muda,
Banyak duit senang belanja,
Gajus wanita kenai belaka,
Makan rokok isap ganja,
Sedah mabuk merah mata,
Dia kata hantu raya,

Hai habis daging tinggai tulang,
Habis padi tinggal jelapang,
Habis peluru tinggal senapang,
Ikan mati dalam kubang,
Gajah mati tinggai tulang,
Rimau mati tinggai belang,
Manusia mati tanggai hutang,
Hai saya datang dari kokmaq,
Adik datang bulih dengaq,
Di rumah kenduri hingaq banganq,
Nak p perlis pekan kangaq,
Boleh beli sebatang damak,
Dia singgah di rumah cik omaq,
Kena mengaji sifat samaq,
Dia jual pucuk cemumaq,
Dia beli bunga mawaq,
Pasai kaiwa kin kau mai maq,

Hai tengah malam mata mengantuk,
Diwaktu malam ayam bekukuk,
Tanah nasi dalam periuk,
Nak makan tak da lauk,
Dalam sungai bulih menangguk,
Dapat seekor ikan pujuk,
Suami marah isteri merajuk,
Diwaktu malam kena pujuk,
Tidoq sorang banyak sejuk,
Boleh balik pagi bisok..

No comments:

Post a Comment